1 Maut, 4 Cedera Dalam Kemalangaan Di Jalan Keningau – Kimanis

1 Maut, 4 Cedera Dalam Kemalangaan Di Jalan Keningau – Kimanis

Seorang wanita maut sementara empat yang lain cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Kimanis – Keningau, dekat sini petang kelmarin.

Dua daripada yang tercedera dalam kejadian itu dilaporkan parah.

Keadaan Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kenderaan jenis Honda Jazz yang dinaiki wanita yang maut, berusia dalam lingkungan 40an, bersama-sama seorang lelaki juga 40an dan seorang wanita 60an dan kanak-kanak tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50an yang turut mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 3.35 petang melalui talian MERS999.

Seramai tujuh anggota dan pegawai bomba bersama tiga aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, dibantu BBP Papar telah ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer.

Mereka yang mengalami kecederaan telah diberi bantuan awal oleh pasukan EMRS bomba sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tiada maklumat lanjut mengenai butiran mangsa diperolehi.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 4.58 petang kemudian selepas pihaknya memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2022/01/05/1-maut-4-cedera-kenderaan-bertembung-di-jalan-kimanis-keningau/

COMMENTS