4 Individu Termasuk 2 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terlibat Samun Berkumpulan

4 Individu Termasuk 2 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terlibat Samun Berkumpulan

Empat individu termasuk dua penjawat awam ditahan selepas disyaki terlibat dengan samun berkumpulan di kampung Rampek, di sini pagi tadi.

Difahamkan kumpulan terbabit menetap di Sandakan, namun disyaki merentas daerah ke Beluran untuk melakukan aktiviti samun.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata pihaknya melakukan siasatan sebaik menerima laporan berhubung kejadian samun berkumpulan di lokasi berkenaan.

“Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran yang melakukan risikan berjaya menahan kesemua suspek dalam daerah Sandakan.

“Hasil siasatan, kesemua suspek adalah warga tempatan termasuk dua orang penjawat awam berumur 25 hingga 43 tahun,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah kenderaan, tujuh telefon bimbit, gari serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Semua suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 22 Oktober ini dan ditahan di lokap IPD Beluran.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2021/10/19/empat-lelaki-termasuk-dua-penjawat-awam-ditahan-disyaki-terlibat-samun-berkumpulan

COMMENTS