Bapa Sedih ‘Kehilangan’ Anak, Hanya Mampu Bawa Jenazah Anak Naik Motosikal EX5

Bapa Sedih ‘Kehilangan’ Anak, Hanya Mampu Bawa Jenazah Anak Naik Motosikal EX5

Siapa tidak kenal Abam Botak? Terutamanya masyarakat Sabah dan Sandakan. Beliau merupakan seorang aktivis sosial yang telah ‘mewakafkan’ dirinya untuk melakukan kerja amal, menyediakan khidmat dan membantu masyarakat dengan menyediakan Van Jenaazah Percuma.

Abam Botak, atau nama sebenarnya Yunizam Yusop, telah banyak mengkongsikan cerita dan kisah yang berlaku sepanjang beliau melakukan kerja amal ini. Paling terbaru, beliau berkongsi melalui laman Facebook Abam Botak mengenai kisah “Hujan dan Motosikal”.

Melalui hantaran di facebook beliau tersebut, kisah ini berkenaan seorang bapa yang baru kehilangan anak dan hanya mahu membawa jenazah anaknya menggunakan motosikal.

Menurut Abam Botak, si bapa ini ditemui oleh seorang anak muda yang pernah menghuni Rumah Anak Yatim Al Yakin Sandakan. Kebetulan mereka berteduh di stesyen bas kerana keadaan hujan.

Apabila Adik Sahrizal bertanya kenapa bapa ini kelihatan resah dan risau, akhirnya dia maklumkan bahawa anaknya yang kecil meninggal dunia, isteri masih di wad kecemasan dan mahu bawa jenazah anaknya itu dengan motosikal honda ex5. Mujur adik Sahrizal teringat Abam Botak dan terus hubungi team Abam Botak.

Abam Botak mendesak agar si bapa itu tunggu kenderaan jenazah sampai walaupun si bapa menolaknya.

z

 

‘Jahat dan buruk macam mana pun team kami ni, kami ndak sanggup lagi tengok seorang ayah mengusung bawa balik jenazah anaknya guna motor honda ex5’, katanya.

Abam Botak turut menitahkan pesan buat semua, ‘Kadang kita ada kelebihan bukan bermaksud kita baik. Namun kelebihan itu allah pinjamkan untuk buktikan pada kejahatan. Itulah hikmah kenapa manusia diciptakan.’

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna facebook mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut dan mendoakan agar Team Abam Botak dilindungi Allah dan terus daapt berkhidmat untuk masyarakat terutama mereka yang memerlukan.

 

Sumber Facebook : Abam Botak.

 

p/s : Sebarang sumbangan untuk menyokong Team Abam Botak, boleh hubungi terus Abam Botak ditalian 014-833 3310, atau hubungi beliau di Facebook.

COMMENTS