Ibu Muda Gendong Anak 3 Bulan Dibawah Terik Matahari, Jual Air Tebu Bantu Suami Cari Pendapatan

Ibu Muda Gendong Anak 3 Bulan Dibawah Terik Matahari, Jual Air Tebu Bantu Suami Cari Pendapatan

Semalam telah tular satu hantaran dan gambar di Facebook berkenaan seorang ibu muda yang yang tengah berusaha menjual air tebu dibawah terik matahari. Lebih mengharukan apabila ibu ini juga turut mengendong bayi kecilnya yang baru berusia 3 bulan.

Ketika artikel ini ditulis, kisah ini telah mendapat perhatian dan simpati dari masyarakat yang turut berkongsi di laman Facebook masing-masing sehingga kisah ini mendapat 1200 lebih perkongsian.

Kisah ini telah disunting oleh Page Vitaminbae. Mari kita soroti perkongsian dari Vitaminbae.

“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..

Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.

Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!

Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya. Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..😢

➡️Tonton Vlog penuh: https://youtu.be/6_fd98MNTgg

Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih juga kpd semua yang terus membantu misi² kecil kita. Moga Allah redha.”

Anda juga boleh menonton vlog berkenaan kisah ibu dan anak kecilnya itu apa link yang telah diberikan.