JPJ Laksana Sekatan Jalan Raya ‘Ops Sedar’ Bermula Esok

JPJ Laksana Sekatan Jalan Raya ‘Ops Sedar’ Bermula Esok

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Katanya, ia berikutan masih ramai yang gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan digunakan.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika ditahan di sekatan jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak lebih RM1,000 dan lesen boleh digantung selama 12 bulan.

“Sepanjang Ops Sedar dilaksanakan di lapangan, JPJ akan menyediakan kemudahan Mobile JPJ bagi memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara terus.

“JPJ tidak ada menerima arahan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen itu yang berakhir jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini,” katanya. -BH Online

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2021/11/23/jpj-mula-jalankan-roadblock-bermula-esok-di-seluruh-negara/

COMMENTS