Rakyat Diminta Bersedia, Harga Ayam Akan Naik Awal Bulan Hadapan – Menteri

Rakyat Diminta Bersedia, Harga Ayam Akan Naik Awal Bulan Hadapan – Menteri

Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal bulan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berikutan golongan penternak terbeban dengan pelbagai kos operasi dan harga dedak import.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenaikan itu tidak akan membebankan pengguna sekali gus akan mewujudkan situasi menang-menang.

Menurutnya, KPDNHEP akan mencari mekanisme terbaik termasuk melalui kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menstabilkan harga di peringkat peruncit serta pemborong.

“Sekarang paras harga siling ayam sehingga 4 Februari adalah RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit, jadi semalam (Khamis) kita bincang sebab persatuan penternak mengeluh harga ternakan dan kos operasi dikatakan meningkat.

“Sebab itu saya panggil libat urus termasuk MAFI, Agrobank dan Kementerian Kewangan, kita mungkin boleh bantu mereka kurangkan beban kos operasi.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sungai Rambai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada situasi sekarang harga maksimum siling ayam itu disifatkan rendah dan perlu dipertimbangkan di antara peniaga dan pengguna. – SINAR

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2022/01/07/harga-ayam-dijangka-naik-awal-bulan-depan/

COMMENTS