RM2,000 Untuk Rasuah Pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi, Ahli Sindiket Ditahan

RM2,000 Untuk Rasuah Pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi, Ahli Sindiket Ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam sindiket pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera.

Menurut sumber suspek berumur 31 tahun itu adalah ahli sindiket dan sudah meminta rasuah lebih daripada RM2,000 untuk tujuan pendaftaran terbabit pada Oktober 2021.

Katanya suspek kemudiannya dipercayai akan memberi wang rasuah yang diterima daripada orang awam kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Sabah.

“Bayaran itu adalah sebagai balasan untuk mendaftarkan penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin COVID-19 bagi mendapatkan sijil digital dalam aplikasi My Sejahtera.

“Suspek kemudiannya ditahan kira-kira jam 1.30 petang di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam susulan operasi yang dilancarkan di sini,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Berita Penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2022/01/11/ahli-sindiket-minta-rasuah-rm2000-untuk-pendaftaran-sijil-digital-vaksin-ditahan

COMMENTS