Sabah Benarkan Aktiviti Rentas Daerah Mulai Esok, Rentas Negeri Bermula 1 November

Sabah Benarkan Aktiviti Rentas Daerah Mulai Esok, Rentas Negeri Bermula 1 November

Sabah hari ini bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 1 November dan rentas daerah bermula 14 Oktober 2021, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata, kemasukkan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan.

“Pertama individu telah lengkap divaksin; perlu menjalani uji9an COVID-19 RT-PCR atau RTK-Antigen (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

“Kerajaan negeri juga membenarkan remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Ahad, kerajaan membenarkan rentas negeri berkuat kuasa 11 Oktober lalu selepas hampir sembilan bulan larangan aktiviti itu susulan penularan pandemik COVID-19.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Selain itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri berpuas hari dengan laporan peratus vaksinasi lengkap di Sabah.

Katanya, setakat 11 Oktober, kadar vaksinasi dewasa di Sabah telah melebihi 70 peratus.

“Selaras dengan itu, kerajaan negeri bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di Sabah mulai 14 Oktober dengan beberapa syarat.

“Antara, individu telah lengkap divaksin; remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin serta kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengembara-tempatan-selamat-datang-ke-sabah-mulai-1-november-ini-325148

COMMENTS