Sabah Catat 592 Kes Baharu Covid-19

Sabah Catat 592 Kes Baharu Covid-19

Sabah merekodkan sejumlah 592 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan 49 kes berbanding 22 Oktober 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah juga merekodkan satu kluster baharu melibatkan komuniti iaitu Kluster Blok 03 di Kinabatangan.

“Jumlah kes di Kota Kinabalu adalah yang tertinggi di Sabah hari ini iaitu 76 kes. Beaufort juga merekodkan penambahan kes iaitu 17 kes, Kota Marudu 14 kes, Kinabatangan 18 kes dan Tambunan 16 kes.

“202 kes daripada 592 kes yang direkodkan hari ini adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, di Kota Kinabalu 74 daripada 76 kes adalah kes lewat daftar, kejadian sama juga dengan 25 kes di Papar, 25 kes di Tenom, 14 kes di Kota Belud serta Lahad Datu.

Masidi berkata, tidak ada pesakit Kategori 5 yang dicatatkan hari ini, empat orang dalam Kategori 4, tiga orang dalam Kategori 3, 468 orang dalam Kategori 2 dan 102 orang dalam Kategori 1. Sebanyak 15 kes lagi masih dalam siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Berita Penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2021/10/23/sabah-rekod-592-kes-baharu-covid-19

COMMENTS