Sabah Catat Satu Kluster Sekolah, Jangkiti 24 Pelajar

Sabah Catat Satu Kluster Sekolah, Jangkiti 24 Pelajar

Satu kluster Covid-19 dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 24 pelajar di sebuah sekolah di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun, berkata, kluster Sungai Batang dicetuskan seorang pelajar di sekolah politeknik itu.

Katanya, saringan kontak rapat mendapati lebih 23 pelajar dijangkiti virus itu, termasuk 11 orang hari ini. Saringan lanjut masih dilakukan.

Selain itu Masidi berkata, negeri itu merekodkan 467 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu peningkatan 66 kes berbanding semalam.

Katanya, 97.4% kes berkenaan membabitkan pesakit Kategori 1 dan 2, manakala empat dalam Kategori 3, satu Kategori 4 dan dua Kategori 5.

Kadar kebolehjangkitan Sabah adalah 0.96, berbanding kadar kebangsaan sebanyak 0.95. – FMT

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2021/12/01/kluster-sekolah-di-sabah-24-pelajar-dijangkiti/