Sikap Degil Jadi Punca Lebih Separuh Dari Jangkitan Baharu Covid-19 Babit Individu Lengkap Vaksin Di Sabah

Sikap Degil Jadi Punca Lebih Separuh Dari Jangkitan Baharu Covid-19  Babit Individu Lengkap Vaksin Di Sabah

Sikap degil individu lengkap divaksin mengambil mudah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kumpulan berkenaan mewakili lebih separuh jangkitan baharu, setiap hari di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun, berkata ia mengambil kira statistik data kesihatan sejak 13 Nov, membabitkan jangkitan Covid-19.

Katanya, daripada sejumlah 5,076 individu dijangkiti bermula tarikh berkenaan, seramai 3,510 sudah menerima dos lengkap vaksin.

“Sikap mengambil mudah dalam kalangan individu lengkap divaksin cukup membimbangkan,” katanya kepada FMT.

“Ia boleh mencetuskan gelombang baharu jangkitan yang mampu memberi kesan terhadap kapasiti perkhidmatan kesihatan. Walaupun jangkitan virus terhadap individu lengkap divaksin hanya menyumbang simptom sederhana, mereka masih membawa virus itu untuk dijangkiti kepada orang lain, termasuk kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin,” katanya.

Masidi yang juga jurucakap harian perkembangan harian Covid-19, berkata rakyat Sabah perlu mengambil pengajaran gelombang jangkitan baharu di banyak negara Eropah, kesan daripada sikap mengambil mudah dan enggan mematuhi SOP, termasuk nasihat kesihatan awam.

“Setakat semalam, kadar jangkitan di Sabah adalah 1.0, kini meningkat kepada 1.01,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berulang kali mengingatkan rakyat sentiasa berwaspada demi mengelak gelombang baharu.

Sabah merekodkan 526 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat 41 kes berbanding semalam. – FMT

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2021/11/24/lebih-separuh-jangkitan-baharu-di-sabah-babit-individu-lengkap-divaksin/

COMMENTS