Suspek Kes Bunuh Di Penampang Akhirnya Ditangkap Di Limbang, Sarawak

Suspek Kes Bunuh Di Penampang Akhirnya Ditangkap Di Limbang, Sarawak

Seorang lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah pusat hiburan di Penampang, berjaya dicekup di Sarawak, 10 hari selepas kejadian.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Limbang, Sarawak, pada 10.55 malam.

Ketua Polis Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata suspek akan dibawa pulang untuk membantu siasatan bagi tuduhan bunuh.

Suspek disyaki terlibat dengan kes tikam seorang lelaki berusia 29 tahun di kelab malam itu pada 3 pagi, 4 Jan.

Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital. – FMT

Berita Penuh : https://www.sabahpost.net/2022/01/14/suspek-kes-bunuh-di-penampang-dicekup-selepas-10-hari-di-sarawak/

COMMENTS