(Video) Elon Musk Berhasrat Tanam Cip Dalam Otak Manusia

(Video) Elon Musk Berhasrat Tanam Cip Dalam Otak Manusia

Elon Musk dilaporkan berhasrat untuk mengembangkan syarikat teknologinya, Neuralink, yang berasaskan brain-interface dengan menanam cip mikro pada manusia dan ujian klinikalnya dibuat bermula tahun ini.

Memetik laporan Business Insider, Neuralink yang diasaskan pada tahun 2016 itu sedang membangunkan cip yang akan ditanam dalam otak manusia untuk merekod dan merangsang aktiviti otak secara serentak.

Cip itu boleh diaplikasikan dalam dunia perubatan seperti merawat kecederaan saraf tunjang yang serius dan gangguan neurologi.

“Neuralink berfungsi dengan baik dalam monyet dan kami sebenarnya melakukan banyak ujian dan mengesahkan bahawa ia sangat selamat dan boleh dipercayai serta peranti Neuralink boleh dialih keluar dengan selamat.

“Kami berharap ujian ke atas manusia pertama iaitu individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang yang teruk seperti tetraplegics quadriplegics berjaya,” katanya ketika temu bual secara langsung di Sidang Kemuncak Majlis Ketua Pegawai Eksekutif The Wall Steet Journal, pada Isnin.

Tambahnya lagi, standard Neuralink untuk menanam peranti adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang diperlukan oleh FDA.

Sebelum ini, beliau berkata teknologi itu boleh ditanam pada manusia menjelang akhir 2021, namun ia ditukar menjelang akhir tahun ini.

Pada bulan April 2021, syarikat itu telah mengeluarkan video yang memaparkan seekor monyet sedang bermain permainan video menggunakan peranti yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Sumber : https://infopertiwi.com/video-elon-musk-nak-tanam-chip-dalam-otak-manusia/

COMMENTS