Whatsapp Terakhir, Anggota Polis Hantar Pesanan Sebelum Ditemui Mati

Whatsapp Terakhir, Anggota Polis Hantar Pesanan Sebelum Ditemui Mati

Seorang anggota polis sempat menghantar mesej kepada pegawai atasannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, sebelum ditemui mati, dipercayai akibat menembak diri sendiri dalam sebuah kereta, hari ini.

Dalam kenyataan, polis di IPD berkenaan, berkata pihaknya menerima mesej daripada anggota itu menerusi aplikasi WhatsApp, pada jam 8.20 pagi tadi.

Susulan itu, satu operasi dijalankan bertujuan menjejak anggota terbabit.

“Mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher kira-kira pukul 11.18 pagi,” katanya dalam kenyataan itu, sambil menyatakan polis turut menemukan sepucuk pistol jenis Revolver .38 berada bersama mayat si mati.

Kereta di mana anggota berkenaan berada ditemui di kawasan parkir awam, di bandar Muar.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel [email protected]

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/17/whatsapp-terakhir-anggota-polis-hantar-pesanan-sebelum-ditemui-mati/

COMMENTS